Penilaian Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan         16 Ogos 2016

 

 

Sayang kumbang mencari makan

Terbang seiring di tepi kali

Selamat datang kami ucapkan

Moga diiring restu Ilahi

 

Penilaian Anugerah PSS Peringkat Kebangsaan dinilai oleh Panel Penilai terdiri daripada En Sharizan Bin Ibrahim, Ketua Unit PSP BTPN Negeri Sembilan dan Pn Tengku Nor Husna Binti Tengku Jamil Ketua Perpustakaan IPG Kampus Raja Melewar.

 

Penilaian bermula jam 8.00 pagi dimana panel penilai di bawa ke Bilik Mesyuarat untuk mendengar taklimat berkenaan pencapaian sekolah dan PSS. Seterusnya panel penilai dibawa melawat persekitaran sekolah seperti taman-taman ilmu, laluan ilmu, bilik-bilik khas, sudut-sudut inovasi guru cemerlang, sudut pameran, ruang santai, sudut web OPAC, dan akhir sekali ke perpustakaan untuk semakan fail dan dokumen

 

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia.

Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, Portal Rasmi SMK (P) Sultan Abu Bakar dapat direalisasi.

Dalam menerajui dunia tanpa sempadan penghasilan laman web ini menjadi penggerak utama bukan sahaja kepada warga sekolah, malahan kepada seluruh rakyat di negara ini. Persaingan dunia Teknologi Maklumat kini menghendaki kita bergerak pantas dan menyediakan diri dalam menghadapi cabaran alaf baru.  Oleh itu, institusi sekolah menjadi pemangkin utama dalam menyediakan anak didik dengan segala bentuk ilmu dan kemahiran yang menjadi tunjang untuk mereka meneruskan perjuangan dalam memartabatkan negara ke persada dunia. Hal ini sejajar dengan matlamat kerajaan dalam melahirkan modal insan serta meningkatkan penggunaan Internet  dalam kalangan masyarakat.  Penghasilan laman web ini merupakan titian untuk memperluas teknologi dalam usaha meningkatkan tahap pendidikan serta melengkapkan pelajar dengan kemahiran sewajarnya sebagai generasi masa hadapan.

Di samping itu, tidak dapat dinafikan bahawa pendidikan merupakan agenda penting dalam merancang masa hadapan seseorang pelajar. Oleh itu, seharusnya dunia pendidikan ini dirancang agar mampu memberi manfaat yang besar terhadap para pelajar, terutama melalui penyebaran maklumat  yang teratur dan berkesan.  Sesungguhnya, penghasilan laman web ini menyediakan alternatif yang mampu diadaptasi oleh para pelajar dan guru-guru, terutama melalui aplikasi Virtual Learning Environment (Frog VLE), yang bertaraf dunia.  Kehadiran laman web ini wajar dimanfaatkan oleh warga sekolah dan penghasilannya merupakan sumbangan progresif ke arah pendidikan berteras teknologi Internet untuk pengajaran dan pembelajaran yang efektif serta pengurusan pentadbiran sekolah  yang cemerlang.

Saya amat berbangga dan berterima kasih atas usaha-usaha yang dilaksanakan dalam merealisasikan laman web ini.  Oleh itu, besarlah harapan saya agar warga sekolah sentiasa peka dan berusaha memaksimumkan penggunan laman web yang julung kali dihasilkan ini, terutama dalam menyalurkan usaha untuk menghadapi dunia globalisasi serta memartabatkan mutu pendidikan bertaraf dunia. Budaya perkongsian maklumat ini diharap berupaya memberi impak yang besar dalam usaha menjana pendidikan berkualiti dan mencorak masa depan institusi sekolah serta negara.

Sekian, terima kasih.

 

PUAN HAJAH RASHIDAH BINTI YAHYA

PENGETUA

SMK (P) SULTAN ABU BAKAR,

84000 MUAR, JOHOR.

 

Khidmat Bantu Pusat Sumber Cemerlang diadakan pada 08 dan 09 Mac 2016 oleh PKG Daerah Muar dan PKG Daerah Tangkak.